LONDON – Air kolam renang berisi klorin dikatakan dapat membunuh virus Covid-19 dalam masa hanya 30 saat, demikian menurut satu kajian baharu seperti dilaporkanĀ akhbar Daily Mail semalam.
Dalam kajian itu, pasukan penyelidik dariĀ Kolej Imperial London mengkaji kesan kepekatan klorin di dalam air yang berbeza terhadap virus SARS-CoV-2. Virus tersebut menyebabkan penyakit Covid-19.
Hasil kajian menunjukkan bahawa risiko penularan Covid-19 melalui air kolam renang adalah sangat rendah.
Penyelidikan itu dianjurkan oleh sekolah renang Swim England dan Water Babies dengan sokongan daripadaĀ Royal Life Saving Society.
“Kami melakukan eksperimen ini di makmal pembendungan tinggi kami di London.Dalam persekitaran selamat, kami dapat mengukur kemampuan virus menjangkiti sel yang merupakan langkah pertama penularannya.
āKami mencampurkan virus dengan air kolam renang yang dikirimkan oleh Water Babies dan dapat membuktikan virus itu tidak bertahan di dalam air kolam renang dan berhenti menular,ā jelas penulis kajian, Profesor Wendy Barclay dari KolejĀ Imperial London.
Tambah Barclay, hasil kajian ditambah dengan faktor pencairan virus yang mungkin termasuk ke kolam renang daripadaĀ orang yang dijangkiti menunjukkan kemungkinan jangkitan Covid-19 diĀ ruang tersebut boleh diabaikan.
“Penemuan ini menunjukkan risiko penularan dari air kolam renang adalah rendah,” kata Ketua Eksekutif Swim England, Jane Nickerson. – Agensi
















