fbpx

Lebih 95 rumah, bangunan kerajaan rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murni dan suaminya, Shahnun Ahmad melihat barangan yang basah setelah bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Felda Lubuk Merbau hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Lebih 400 penduduk Felda Lubuk Merbau dan kawasan berhampiran yang sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa ketakutan apabila kawasan perumahan tersebut dilanda ribut selama kira-kira 10 minit pada semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sekurang-kurangnya 95 buah rumah rosak dengan lima daripadanya mengalami kerosakan serius.

Selain rumah penduduk, turut terjejas ialah bangunan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau, Klinik Kesihatan Lubuk Merbau dan pondok polis.

Seorang penduduk, Murni Hassan, 48, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru selesai memasak gulai ikan dan sambal udang untuk berbuka puasa.

“Saya terus berlari ke arah ruang tamu selepas mendengar bunyi angin kuat disusuli hujan lebat.

“Saya bersama suami serta empat anak berlindung di satu sudut di tepi dinding sebelum tiba-tiba air hujan mencurah-curah dari lantai tingkat atas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, dia kemudian menjenguk ke tingkat atas rumah dan mendapati hampir keseluruhan bumbung rumah telah diterbangkan ribut.

“Semua perabot, pakaian termasuk kelengkapan sekolah anak basah dan kami terpaksa menumpang sementara di rumah ibu terletak berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN