fbpx
Gambar hiasan - Foto AFP

Angka korban banjir Nepal cecah 1,410, lebih 5,650 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Angka korban akibat banjir besar di kawasan sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,410 orang selepas 10 lagi mayat ditemukan, manakala lebih 5,650 orang masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik statistik rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Data rasmi Nepal dan China menunjukkan 848 daripada mereka yang masih hilang ialah warga asing.

Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sekitar 1,367 mayat telah ditemukan di daerah yang terjejas banjir di negara itu.

Setakat ini, pasukan penyelamat telah menyelamatkan lebih 13,600 orang, termasuk operasi terbaru pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, angka korban di Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China, yang juga dikenali sebagai Tibet, kekal 43 orang.

Seramai 519 orang termasuk 261 warga asing masih hilang di wilayah itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN