fbpx
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat MTPN Bilangan 1 Tahun 2026, petang tadi. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar mahu projek pembangunan sakit, lewat segera ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek pembangunan berstatus sakit, lewat daripada jadual serta berdepan kelembapan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan diberi perhatian segera.

Beliau berkata, isu berkenaan antara perkara yang dibangkitkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) Bilangan 1 Tahun 2026, petang tadi.

Menurut Anwar, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar untuk dilaksanakan kementerian dan agensi di seluruh negara.

“Maka, menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata, setiap peruntukan yang dibelanjakan perlu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN