TANGKAP layar video menunjukkan Wike menangis teresak-esak dan pengsan ketika menyaksikan Coki dibawa keluar dari rumah. - TikTok 

Wanita menangis buaya kesayangan pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Lampung, Indonesia menangis teresak-esak selepas buaya peliharaannya selama tiga tahun terpaksa dipindahkan kerana mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan, lapor laman berita Lambe Turah. 

Operasi pemindahan itu dilakukan di Jalan Teluk Ambong Gang Rajawali, Pidada, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @warta.pontianak menunjukkan pemilik buaya dikenali sebagai Wike, 40, tidak dapat menahan sebak dan pengsan ketika menyaksikan haiwan tersebut dibawa keluar dari rumahnya. 

Buaya bernama Coki sepanjang 2.5 meter itu dipindahkan oleh anggota bomba selepas kehadirannya mula menimbulkan keresahan warga setempat. 

Selain saiz Coki yang semakin membesar, buaya itu  mula berkeliaran di kawasan sekitar sekali gus membahayakan keselamatan Wike dan orang lain. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Lampung berjaya menangkap Coki dalam masa antara 10 hingga 15 minit. 

Coki kemudian diserahkan kepada Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) untuk rawatan lanjut sebelum dibawa ke pusat pembiakan di Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN