fbpx
GAMBAR 18 September lalu menunjukkan kapal KRI Sriwijaya berada di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara. – AFP

KRI Sriwijaya sertai tentera laut Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia secara rasmi mentauliahkan kapal pengangkut pesawat pertama, KRI Sriwijaya-100 ke dalam Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut(TNI-AL)  semalam, menandakan pengukuhan keupayaan maritim susulan pemerolehan bekas kapal Tentera Laut Itali, Giuseppe Garibaldi, lapor laman berita Jakarta Globe.

Panglima TNI, Jeneral Agus Subiyanto secara rasmi merasmikan  kapal tersebut ke dalam TNI-AL pada satu majlis di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara.

“Hari ini (semalam), Khamis, 24 September 2026, saya, Jeneral  Agus Subiyanto selaku  Panglima Tentera Nasional Indonesia, dengan ini mengisytiharkan KRI Sriwijaya-100 secara rasmi dimasukkan ke dalam TNI-AL,” kata Agus.

Kolonel (Laut)  Mochamad Fuad Hasan turut dilantik secara rasmi sebagai komander kapal tersebut.

Kapal  yang berkhidmat dengan Tentera Laut Itali selama lebih empat dekad sebelum bersara  daripada perkhidmatan pada tahun 2024 itu  tiba di Tanjung Priok, 18 September lalu.

Kapal  itu berukuran 180.2 meter panjang dan mempunyai sesaran kira-kira 13,850 tan. Dek penerbangannya direka untuk menyokong helikopter serta pesawat berlepas pendek dan mendarat secara menegak.

Semasa perkhidmatannya dengan Tentera Laut Itali, Giuseppe Garibaldi mengendalikan jet pejuang AV-8B Harrier II. Bagaimanapun, Jakarta merancang untuk menyesuaikan kapal dan komponen udaranya mengikut keperluan operasi TNI-AL.

Ketua Staf Tentera Laut, Laksamana Muhammad Ali berkata,  Indonesia sedang menyiapkan juruterbang untuk mengendalikan helikopter S-70 dari KRI Sriwijaya-100.

“Kami akan melatih juruterbang helikopter supaya S-70 dapat beroperasi dari kapal ini,” kata Ali.

Kira-kira 400 anggota TNI-AL ditugaskan untuk mengendalikan kapal tersebut, dengan kira-kira 100 orang telah menjalani latihan awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN