fbpx
Tangkap layar video memaparkan dua lelaki 'rancak' membuang sampah ke dalan sungai dipercayai di MRR2, semalam.

[VIDEO] Selamba buang sampah, kayu ke sungai di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua individu dengan selamba membuang sampah terus ke dalam sungai dipercayai di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mengundang kecaman orang ramai.

Perkara itu dikongsikan seorang individi bersama video yang merakamkan tindakan tidak bertanggungjawab oleh dua lelaki berkenaan, semalam.

Menggunakan profil @Theamirulhakimi di media sosial, dia turut mempersoalkan sikap segelintir masyarakat yang masih tiada kesedaran pada zaman serba moden kini.

“Seriuslah dah 2026 pun masih lagi buang sampah dalam sungai? Lambat lagilah nak maju kita ni nampak gayanya.

“Lokasi di MRR2, berlawanan (arah) dengan Shell Persiaran Ukay ke arah Sungai Besi,” katanya.

Rata-rata pengguna bukan sahaja mengecam tindakan mencemarkan sungai tersebut, malah turut menggesa supaya kerajaan dan pihak berkuasa segera bertindak.

“Lepas ini kena ada larangan untuk tiada penempatan sebelah dengan punca air. Kerajaan, tolong buat sesuatu,” ujar seorang pengguna.

“Dah tahu bangunan ni dekat mana, boleh dah lapor kat majlis,” saran pengguna lain.

“Itulah selalu banjir kilat, longkang tersumbat,” kecam @Kay_fatin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN