fbpx
Sebahagian 150 tahanan warga Indonesia yang dihantar pulang melalui Terminal Feri Pasir Gudang, Johor. - Foto JIM

150 warga Indonesia dihantar pulang melalui Terminal Feri Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Seramai 150 tahanan warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Pasir Gudang, Johor ke Batam, Indonesia hari ini.

Jabatan Imigresen (JIM) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua tahanan berkenaan dihantar pulang dari enam Depot Imigresen.

Menurutnya, proses penghantaran pulang itu diselaraskan Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia.

“Kerjasama berkenaan meliputi urusan pengesahan identiti serta penyediaan dokumentasi tahanan sebelum proses penghantaran dilaksanakan.

“Kerjasama kedua-dua pihak memastikan keseluruhan proses dapat dilaksanakan secara teratur, selamat dan mengikut prosedur yang ditetapkan, sekali gus mempercepatkan urusan penghantaran pulang tahanan yang telah selesai melalui proses berkaitan,” katanya, hari ini.

Tambah JIM, pelaksanaan itu merupakan sebahagian daripada pengurusan tahanan yang dilaksanakan secara berterusan, termasuk melalui kerjasama dengan perwakilan negara asing bagi melancarkan proses dokumentasi dan penghantaran pulang ke negara asal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN