fbpx
Tangkap layar rakaman yang tular di Facebook.

[VIDEO] Detik terakhir beri rawatan sebelum tragedi undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kenangan indah yang kalian tinggalkan.”

Demikian luahan yang dikongsikan susulan pemergian pasukan ‘Flying Doctors’ yang selama ini menabur bakti memberikan khidmat perubatan kepada komuniti pedalaman.

Menerusi perkongsian di Facebook Irene Philip, dia sempat merakam detik-detik pasukan berkenaan ketika menjalankan tugas memberikan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Khidmat anda kepada komuniti pedalaman akan sentiasa dikenang. Terima kasih kerana membawa penjagaan kesihatan, ubat-ubatan dan harapan kepada masyarakat kami,” tulis kapsyen perkongsian video tersebut.

Rakaman tersebut memaparkan salah seorang mangsa iaitu Dr. Ainul Baraah Kamaruddin menjalankan tanggungjawab seperti biasa memeriksa seorang warga emas.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan dedikasi pasukan itu sebagai satu jasa besar yang sukar dilupakan.

“Sebaknya tengok video ini…al-fatihah buat Dr Ainul dan Kapten Zainol… Salam takziah buat keluarga pembantu perubatan, jururawat Debra dan Jessie,” kata Miea.

“Cemburu sebab pemergian mereka menyebarkan semua amalan-amalan yang baik dan murni,semua dari kita mendoakan wira dan wirawati ini. Berharap pengakhiran saya nanti begitu juga. Al-Fatihah dan salam takziah,” kata Mahathir.

“Penduduk pendalaman pasti sangat terasa akan kehilangan doktor mereka,” kata Jessica.

Terdahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak pada Selasa lalu.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan, Ainul Baraah, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN