fbpx
Anggota bomba menurunkan mayat warga Nepal dari bukit Perak Cave Temple di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini. Foto IHSAN JBPM

Bomba redah 2km laluan berbukit turunkan mayat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Anggota bomba terpaksa melalui laluan berbukit sejauh 2 kilometer (km) untuk menurunkan mayat lelaki warga Nepal di lereng bukit Perak Cave Temple di Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 1.33 tengah hari tadi.

Beliau berkata, seorang lelaki warganegara Nepal berusia lingkungan 26 tahun ditemui tergantung pada sebatang pokok di lereng bukit Perak Cave Temple, Jalan Kuala Kangsar.

“Setibanya jentera di kaki bukit, ketua operasi bersama anggota terpaksa berjalan kaki melalui laluan berbukit sejauh 2km untuk tiba di puncak bukit.

“Ketua operasi menjalankan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota untuk menurunkan mayat mangsa dan dibawa naik ke tebing bukit dengan menggunakan stretcher dan tali,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diperiksa oleh pihak polis dan dibawa turun dari puncak bukit.

Sabarodzi berkata, setelah tiba di kaki bukit, mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN