fbpx

UMNO pertimbang runding terus dengan Pas berbanding PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi membolehkan UMNO mengadakan perundingan kerjasama politik, selain mempertimbangkan desakan perwakilan yang inginkan parti tersebut memberi tumpuan kepada rundingan secara terus dengan PAS berbanding Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jawatankuasa itu akan dibentuk bagi memberi stategi serta hala tuju kerjasama politik pada depan.

Katanya,  biarpun siri pilihan raya sebelum ini menyaksikan perbincangan dibuat bersama Pas dan PN, namun kecenderungan majoriti jurucakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini memperlihatkan fokus berbeza.

“Jawatankuasa perundingan akan dibentuk oleh kepemimpinan parti. Seperti mana pilihan raya lalu, kita memang mengadakan rundingan bersama Pas dan  PN.

“Kalau dilihat daripada perbahasan dan daripada perwakilan, terdapat kecenderungan untuk kita memberi fokus kepada perundingan dengan kepemimpinan Pas berbanding dengan melihat dalam konteks PN,” katanya pada sidang media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Asyraf berkata, dalam konteks tersebut, sudah tentu kepemimpinan akan mengambil kira pandangan yang diberikan pada PAU kali ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN