Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.

Myanmar paling ramai ditahan di Pandan Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seramai 33 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di Taman Pandan Mewah, Pandan Indah, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor (Kawalan), Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, pemeriksaan membabitkan kawasan tumpuan warga asing di sekitar Taman Komersial Pandan Indah, di sini.

“Tangkapan terdiri daripada 16 warga Myanmar, Bangladesh (14), India (2) dan seorang warga Pakistan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekayen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai 217 warga asing ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi bersepadu di Pandan Indah, di sini, semalam.

Operasi bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang itu diketuai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen selangor.

Serbuan turut dibantu Pasukan Gerakan Am, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pemeriksaan turut mengesan kesalahan berkaitan premis perniagaan serta bekalan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN