Pemenang pingat emas acara perseorangan tenpin boling Wanita, Nurul Aişyah Salleh (kiri) bersama pemenang pingat emas acara perseorangan lelaki, atlet Sarawak, Muhammad Isryaq Iqbal di Sunway Megalanes hari ini.Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Sukma 2026: Isyraq dedikasi pingat emas untuk arwah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain tenpin boling Sarawak, Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan menampilkan kisah penuh emosi apabila menghadiahkan pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2026 kepada arwah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit jantung tahun lalu.

Menurut Isyraq, kehilangan insan tersayang yang paling banyak memberi sokongan dalam perjalanan karier sebagai pemain boling sejak berusia sembilan tahun telah menyuntik semangatnya hari ini.

“Saya sangat-sangat gembira hari ini. Terima kasih kepada semua jurulatih dan kawan-kawan yang berikan semangat. Saya sangat bersyukur hari ini.

“Ini (pingat emas) untuk ibu saya. Ibu sudah meninggal dunia dan saya lakukan ini untuknya,” katanya.

Isyraq sebelum ini pernah meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan pada SUKMA 2024 di Sarawak, namun emas di Selangor kali ini merupakan pingat emas pertama dalam kariernya.

Bagaimanapun, perjalanan Isyraq untuk mendapatkan emas bukan mudah apabila dia berdepan tekanan daripada pencabar yang lebih berpengalaman.

Pada aksi di Sunway Megalanes itu, Isyraq menjatuhkan keseluruhan 1,331 pin untuk memenangi emas pertama dalam temasya sukan berprestij tempatan itu.

Isyraq yang konsisten sepanjang saingan menewaskan pencabar terdekat, Adam Darwish Dzulhakimy dari Pulau Pinang yang menjatuhkan 1,283 pin untuk meraih pingat perak.

Wakil Pahang, Sufi Fitri Jumali melengkapkan podium dengan menjatuhkan 1,287 pin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN