Anwar

Selamat hari jadi ke-79 PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-79.

Ucapan ulang tahun kelahiran buat Anwar itu dizahirkan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

“Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan YAB Datuk Seri dengan usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin negara. Semoga segala urusan dipermudah dan Malaysia terus maju di bawah aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Anwar yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan mula memegang jawatan itu pada 24 November 2022.

Ucapan berkenaan turut dibanjiri komen orang ramai yang mendoakan agar Anwar dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta terus diberi kekuatan dalam melaksanakan amanah sebagai Perdana Menteri.

“Selamat hari lahir Datuk Seri. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dihindari dari manusia yang bersifat khianat dan dengki, diredai Allah bergembira bersama keluarga tercinta,” kata @rodcue1234.

“Selamat ulang tahun PMX. Semoga terus berjaya, selamat dunia dan akhirat,” kata @yayang42812.

“Selamat hari lahir Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir urus negara. Semoga kekal maju jaya Datuk Seri,” komen @riezm_. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN