Anggota bomba membawa naik mangsa yang ditemukan dalam sungai selepas motosikal terbabas. FOTO JBPM Selangor

Motosikal terbabas, lelaki maut dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas sebuah motosikal Yamaha LC135 terbabas sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sungai di Jalan Gombak Lama berhampiran perkampungan Orang Asli Batu 16, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1 pagi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada pukul 1.35 pagi sebelum mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 2.10 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN