fbpx

Rangkaian TRINETX LIVE™ Berjaya Melepasi 300 Juta Pesakit, Memperluas Bukti Diteliti Mengikut Gred Keputusan di Merentasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pencapaian penting ini menunjukkan pertumbuhan antarabangsa yang semakin pesat dan memberikan syarikat farmaseutikal, penyelidik akademik, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan inovator teknologi kesihatan akses kepada data dunia sebenar yang dipercayai, terkini, kaya secara klinikal dan mewakili global.

CAMBRIDGE, Mass., 23 Jun 2026 /PRNewswire/ — TriNetX, rangkaian data kesihatan bersekutu yang terkemuka di dunia, pada hari ini mengumumkan bahawa rangkaian TriNetX LIVE™ telah berjaya melepasi 300 juta pesakit, sumber tunggal data dunia sebenar natif EHR yang merangkumi 240+ organisasi penjagaan kesihatan dan 13,000+ tapak lokasi di seluruh dunia. Pencapaian penting ini memperluas bukti diteliti mengikut gred keputusan tersedia kepada organisasi yang sedang berusaha menambah baik perkhidmatan penjagaan pesakit.

Data dunia sebenar dari segi sejarahnya telah berpecah-belah. Pasukan penemuan menggunakan satu sumber, manakala pasukan reka bentuk percubaan menggunakan sumber yang lain pula dan pasukan keselamatan pascapasaran juga menggunakan sumber berbeza, dengan setiap penyerahan memakan banyak masa dan menimbulkan ketaktekalan. Rangkaian tunggal 300 juta pesakit yang diharmonikan menyokong setiap peringkat, daripada penjanaan hipotesis dan pengenalpastian sasaran dalam penemuan awal kepada perekrutan, keberkesanan perbandingan, pengembangan label dan farmakovigilans selepas pelancaran.

"Tiga ratus juta adalah pencapaian penting, bukan destinasi," kata Steve Lethbridge, Naib Presiden Kanan Perkongsian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Global di TriNetX. "Perkara yang didayakan oleh 300 juta pesakit adalah lebih penting daripada jumlah itu sendiri. Di mana sahaja dalam ekosistem penjagaan kesihatan seseorang individu membuat keputusan yang mempengaruhi dapatan pesakit, perbezaan antara keputusan yang boleh dipertahankan dan tekaan bergantung pada sama ada data tersebut dipercayai, terkini, kaya secara klinikal dan global. Itulah yang disampaikan oleh rangkaian ini."

Pertumbuhan terpantas rangkaian tersebut berlaku di luar Amerika Syarikat. Daripada kira-kira 52 juta pesakit yang bertambah dari bulan April 2025-April 2026, majoritinya datang dari pasaran antarabangsa. Kini, rangkaian itu merangkumi 186 juta pesakit di Amerika Syarikat, 72 juta di seluruh EMEA, 23 juta di Amerika Latin dan 21 juta di APAC.

Kepelbagaian antarabangsa itu bukan suatu kebetulan. Ini terbina mengikut cara rangkaian beroperasi. Daripada ekstrak agregat yang dipakej semula oleh pihak perantara, rangkaian TriNetX LIVE™ ini berfungsi secara langsung dan dua arah: aliran data secara berterusan dari sistem EHR di organisasi penjagaan kesihatan yang mengambil bahagian, dikemas kini dalam masa hampir nyata dan dengan konteks klinikal sepenuhnya yang masih utuh.

Minta diadakan demonstrasi untuk melihat sejauh mana rangkaian TriNetX LIVE™ dapat membantu organisasi anda mengubah data dunia sebenar kepada bukti diteliti mengikut gred keputusan.

Maklumat Tentang TriNetX, LLC

TriNetX ialah Global Truth Engine for Better Human Health™ (Enjin Kebenaran Global untuk Kesihatan Manusia yang Lebih Baik), membantu organisasi memahami situasi sebenar yang berlaku dalam penjagaan pesakit. Kami menghubungkan sistem kesihatan, penyelidik dan syarikat di seluruh dunia dengan data pesakit dunia sebenar supaya kesemua yang terlibat itu dapat membuat keputusan termaklum yang lebih baik — berdasarkan realiti, bukan andaian.

Data diperoleh secara langsung dari 13,000+ tapak lokasi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan di lebih daripada 20 negara dan disimpan dalam institusi tersebut bagi melindungi ketepatan, privasi dan kepercayaan. TriNetX menggabungkan data ini dengan kepakaran saintifik dan teknologi bagi membantu pelanggan mengemukakan soalan yang lebih baik, mentafsirkan keputusan dan maju ke hadapan dengan yakin.

Ketahui lebih lanjut di www.trinetx.com atau ikuti TriNetX di LinkedIn.

Hubungan Media
TriNetX
Karen Tunks
E- mel: [email protected]

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/542641/TriNetX_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4988908_MS88908_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI