![]() |
Lebih 60 atlet memperoleh kelayakan ke Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 selepas lima hari persaingan phygital berintensiti tinggi di Astana, yang menyaksikan prestasi fizikal dan kemahiran permainan digabungkan merentasi tiga disiplin
ASTANA, Kazakhstan, 16 Jun 2026 /PRNewswire/ — Phygital Contenders Astana 2026 melabuhkan tirai dengan penuh dramatik, menyaksikan juara dinobatkan merentasi tiga disiplin sambil menentukan kelab dan atlet terbaharu yang berjaya menempah tempat ke Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026. Sepanjang lima hari pertandingan di Astana, lebih 200 peserta dari lebih 20 negara bersaing dalam Phygital Football, Phygital Basketball dan Phygital Dancing, dalam perebutan kelayakan ke Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026.
Berlangsung di lokasi yang bertaraf dunia di seluruh bandar itu, kejohanan berkenaan menghimpunkan antara pesaing terkuat dari Eropah, Afrika, Asia dan Amerika Selatan ketika laluan kelayakan sepanjang musim mencapai peringkat penentuan.
ACF x Allur, meraih tempat kelayakan mereka dalam Phygital Football selepas menampilkan prestasi mantap sepanjang peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati di Zhaksylyk Ushkempirov Martial Arts Palace. Mereka mempamerkan dengan cemerlang gabungan ketepatan digital dan pelaksanaan fizikal yang menjadi ciri utama pertandingan pada tahap ini. Pasukan NS team, KMF Titograd dan FC OLYMPIC PHYGITAL turut mengesahkan tempat masing-masing selepas mempamerkan prestasi mantap sepanjang lima hari persaingan sengit.
Dalam Phygital Basketball, ZM NITUI dinobatkan sebagai juara selepas menamatkan kejohanan tanpa kalah, menggabungkan ketepatan digital dan kecemerlangan di gelanggang untuk merangkul gelaran di Alau Ice Palace. MINSK, Valencia Basket dan Triada turut mengesahkan kelayakan ke Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, muncul daripada medan yang sangat kompetitif untuk menjamin tempat mereka kembali ke Astana pada penghujung musim panas ini.
Mengulas pencapaian itu, Jan Kroflin dari ZM NITUI berkata: "Kami berdepan pasukan yang kuat dan sedar kami perlu berada pada tahap terbaik. Kami kekal fokus, melaksanakan perancangan permainan kami dan memperoleh keputusan yang kami mahukan. Kini tumpuan kami beralih kepada Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan)."
Bagi Phygital Dancing, Andres Guardo meraih gelaran menerusi rangkaian persembahan yang menonjolkan ritma, ketepatan dan konsistensi yang diperlukan untuk bersaing pada tahap tertinggi sukan phygital. Naib juara Sagdi, bersama-sama Susan Huertas yang menduduki tempat ketiga dan Sergio Mayta di tempat keempat, turut mengesahkan kelayakan selepas muncul daripada medan yang sangat kompetitif. Mengulas kemenangannya, Andres Guardo berkata: "Apabila saya melangkah ke pentas, saya menjadi individu yang sama sekali berbeza. Saya merasakan transformasi itulah yang membawa perbezaan dalam persembahan saya. Saya berharap persembahan saya akan menjadi lebih mantap di Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026."
John Hewitt, Pengarah Pemasaran & Komunikasi Antarabangsa di Phygital International, berkata: "Phygital Contenders Astana 2026 telah mempamerkan bakat luar biasa, keazaman dan semangat persaingan yang mentakrifkan sukan phygital. Dengan menghimpunkan atlet dan kelab dari seluruh dunia, kejohanan ini menyerlahkan daya tarikan global format ini serta kekuatan dan kepelbagaian gerakan phygital. Ketika kami menantikan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, prestasi yang kami saksikan di Astana ini memberikan gambaran awal yang menarik tentang apa yang boleh dijangkakan oleh peminat apabila pesaing phygital terbaik dunia berkumpul pada penghujung musim panas ini."
Dengan empat tempat kelayakan disahkan dalam setiap disiplin menerusi kedudukan di Phygital Contenders Astana 2026, dua slot kelayakan terakhir bagi ketiga-tiga disiplin akan diperuntukkan dalam minggu-minggu akan datang berdasarkan kedudukan keseluruhan musim. Tempat-tempat ini akan melengkapkan barisan peserta daripada Phygital Contenders untuk GOTF 2026, sebagai pengiktirafan kepada kelab dan atlet yang telah mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim pertandingan 2025/26.
Ketika tirai Phygital Contenders Astana 2026 dilabuhkan, tumpuan kini beralih kepada Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, yang akan berlangsung di Astana dari 29 Julai hingga 9 Ogos. Sebagai acara kemuncak dalam kalendar phygital global, pertandingan itu akan menghimpunkan lebih 800 peserta dari lebih 50 negara merentasi Phygital Football, Phygital Basketball, Phygital Dancing, Phygital Shooter, Phygital Fighting, MOBA PC, MOBA Mobile dan Battle Royale, yang bersaing bagi merebut kumpulan hadiah bernilai lebih AS$4 juta sambil mempersembahkan masa depan sukan di pentas phygital terbesar dunia.
Untuk mengikuti berita terkini mengenai Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, layari laman web rasmi. Peminat boleh menyaksikan semua aksi daripada Phygital Contenders Astana 2026 — serta mengimbau kembali aksi daripada GOTF 2025 menerusi Phygital+.
Akreditasi kini dibuka untuk pihak media yang ingin menghadiri Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 dan permohonan boleh dibuat di sini.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://Phygitalinternational.com atau hubungi kami di: [email protected]
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 telah diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4983186_MS83186_6















