fbpx
GAMBAR fail April 2024 menunjukkan sebuah lagun kering semasa fenomena El Nino melanda Belen di Colombia. – AFP

El Nino kembali Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan suhu global melonjak ke tahap tertinggi kali terakhir ia berlaku, dijangka kembali pertengahan tahun ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) semalam.

Agensi cuaca dan iklim PBB berkata, El Nino berkemungkinan berlaku seawal jendela tiga bulan dari Mei hingga Julai 2026.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) sementara itu berkata, tanda-tanda awal menunjukkan fenomena cuaca ini yang kuat.

El Nino adalah fenomena iklim semula jadi yang memanaskan suhu permukaan di tengah dan timur Lautan Pasifik di garisan Khatulistiwa. Ia membawa perubahan dalam corak angin, tekanan serta taburan hujan.

El Nino dan lawannya La Nina berlaku secara selang seli dengan keadaan neutral di antaranya.

El Nino yang lalu menjadikan 2023 tahun kedua terpanas dalam rekod dan 2024 sebagai tahun paling panas sepanjang masa.

“Selepas tempoh keadaan neutral pada awal tahun ini, terdapat keyakinan tinggi El Nino bakal bermula, diikuti dengan peningkatan seterusnya,” kata ketua ramalan iklim WMO, Wilfran Moufouma Okia,

El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlangsung sekitar sembilan hingga 12 bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN