Kisah seorang gadis yang duduk di atas riba kekasihnya yang sedang memandu sebuah bas ekspres minggu lalu sebenarnya adalah gambaran bahawa ramai anak muda tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Ia sama seperti geng merempit dan lumba haram. Mereka hanya fikirkan keseronokan. Dalam kes gadis itu, pemandu tersebut dihukum penjara setahun dan denda RM10,000, manakala gadis itu dihukum penjara enam bulan dan denda RM5,000. Pemandu yang dikatakan sudah beristeri itu turut dibuang kerja oleh majikannya.…














