fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Hutan Paya Gambut Rhu Batil, Dungun hari ini.

20 hektar Hutan Paya Gambut Rhu Batil musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Hutan Paya Gambut Rhu Batil di sini musnah terbakar kira-kira 20 hektar dipercayai akibat pembakaran terbuka oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi berkata, setakat ini, sebahagian kawasan hutan seluas kira-kira 11 hektar yang terbakar sejak seminggu lalu itu telah berjaya dipadamkan pasukan bomba.

“Kita sedang sedaya upaya memastikan kebakaran tidak terus merebak ke perkampungan penduduk berhampiran. Api kebakaran cepat tersebar ekoran faktor cuaca panas dan kering,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Beliau berkata, akses logistik juga sukar ke lokasi kebakaran ekoran struktur tanah lembut selain kepayahan dan mendapatkan sumber air untuk pemadaman.

“Kita terpaksa membuat telaga takungan dan mengepam air dari parit yang terletak kira-kira 200 meter dari telaga takungan bagi kerja-kerja pemadaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN