fbpx
Tangkap layar rakaman persembahan teater yang tular di media sosial.

UM mohon maaf adegan tidak sesuai dipersembahkan dalam teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Malaya (UM) memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dalam sebuah persembahan teater yang telah tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

UM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.

“Untuk makluman, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik Universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat
pertandingan yang telah ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, UM memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul.

“Universiti tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.

“Persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, dan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan perkara seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dan wanita melakonkan babak intim dalam satu persembahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN