fbpx
Poster yang dikongsi Perdana Menteri di laman sosial beliau hari ini.

RM1.8 juta perkasa 18 institusi pondok di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Peruntukan berjumlah RM1.8 juta diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2026 bagi memperkasa 18 institusi pondok di Terengganu, sekali gus meningkatkan kualiti prasarana pendidikan agama di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam mengangkat martabat institusi pondok dan tahfiz sebagai tunjang pembinaan insan berakhlak serta berintegriti.

Menurut beliau, penyaluran peruntukan itu akan memberi tumpuan kepada usaha menambah baik kemudahan sedia ada agar lebih selesa, kondusif dan bermaruah kepada para pelajar.

“Kerajaan akan terus memperkukuh institusi pendidikan agama supaya kekal relevan dan mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya tahan,” katanya.

Tambah beliau, usaha berterusan itu penting dalam memastikan sistem pendidikan negara seimbang antara pembangunan intelektual dan nilai-nilai murni demi masa depan yang lebih sejahtera.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN