fbpx
ARSENAL menerima tamparan hebat apabila berdepan kekalahan kepada Bournemouth sekali gus merisikokan kedudukan mereka sebagai peneraju liga. - AFP

EPL: Arsenal mula ulangi ‘skrip’ sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal seakan sedang mengulangi skrip yang pernah dicipta beberapa musim lalu apabila tewas 1-2 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Keputusan itu dianggap tamparan besar buat The Gunners yang kini sedang memburu kejuaraan sulung, namun sebelum ini peminat mereka sudah sering kali dihidangkan keputusan tidak menentu pada hujung-hujung musim.

Pengurus pasukan, Mikel Arteta nyata kesal dengan kekalahan kali ini dan menganggap pasukannya seperti seperti menerima satu ‘tumbukan padu’ daripada Bournemouth.

“Sudah pasti keputusan ini amat mengecewakan dan ia menjadi tamparan buat kami. Sekarang segalanya pasti akan berkisar tentang bagaimana kami perlu menunjukkan reaksi balas atas apa yang berlaku.

“Kredit perlu diberikan kepada mereka. Bournemouth tidak tewas dalam 11 perlawanan. Namun bagi kami, apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang agak janggal

“Kami sangat jauh daripada tahap yang dijangkakan. Tetapi, saya tidak mahu mengkritik mana-mana pemain, terutama selepas kekalahan di laman sendiri,” katanya.

Viktor Gyokeres menjaringkan gol tunggal buat Arsenal menerusi sepakan penalti, manakala Junior Kroupi dan Alex Scott menghasilkan kedua-dua gol Bournemouth.

Keputusan itu masih mengekalkan Arsenal di puncak liga dengan 70 mata namun ia pastinya menghadirkan kelegaan buat pencabar terdekat, Manchester City untuk terus memberikan tekanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN