CHANGLUN – Isu kebocoran sempadan oleh warga India ke negara ini terjawab apabila mereka disyaki menjadikan Thailand sebagai transit sebelum menyusup ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam atau Durian Burung bagi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Mereka terbang dari negara asal dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Thailand seperti Suvarnabhumi di Bangkok atau Hatyai sebelum masuk ke Malaysia melalui jalan darat. Pakar Kriminologi, Dr. Zalmizy Hussin berkata, taktik baharu yang lebih licik itu dikenali sebagai ‘pelancong U-turn’ ekoran kawalan…














