BERAKSI secara backflip di antara dua puncak gunung merupakan antara ‘bucketlist’ yang perlu dilakukan oleh setiap peminat sukan lasak. Di Malaysia, antara lokasi yang menawarkan pengalaman tersebut adalah Gua Ikan, Dabong, Kelantan. Gunung itu menawarkan puncak tertinggi untuk aktiviti tersebut di Semenanjung Malaysia. Salah seorang penggemar aktiviti lasak, Diana Shafira Faizal Parish berkata, dia teruja apabila berjaya melakukan aksi tersebut pada Oktober tahun lalu. “Saya diberitahu bahawa ketinggian puncak di Dabong tiga kali ganda dari yang pernah saya cuba di……













