JITRA – Sebelum ini, ramai warga India menjadikan pekan Changlun sebagai tempat transit sebaik melepasi pemeriksaan di sempadan Malaysia-Thailand, namun kini mereka telah beralih ke Jitra pula sejak beberapa hari lalu. Stesen Bas Tanah Merah di sini, menjadi tempat mereka berkumpul dengan modus operandi sama seperti di Changlun sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ke destinasi-destinasi lain terutama Kuala Lumpur. Kehadiran mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an secara berkumpulan itu dikesan penduduk di daerah ini yang melihat mereka berpakaian kemas…














