PETALING JAYA – UOB Malaysia komited untuk menyokong pelanggannya yang mungkin terjejas disebabkan perkembangan geopolitik baru-baru ini, termasuk situasi di Asia Barat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Wei Wei berkata, tempoh ketidakpastian boleh menjejaskan isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara.
“Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, sebagai rakan kongsi kewangan untuk isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal fokus untuk menyokong kestabilan serta kesinambungan dengan membantu pelanggan menguruskan obligasi kewangan mereka, di tengah-tengah keadaan operasi yang berubah-ubah.
Pelanggan individu UOB Malaysia yang melihat untuk mendapatkan bantuan digalakkan supaya menghubungi Pusat Panggilan UOB di 03-2612 8121 atau menerusi e-mel ke [email protected].
Pelanggan perniagaan pula boleh menghubungi pengurus perhubungan bank di [email protected]. – KOSMO! ONLINE














