PORT DICKSON – “Alhamdulilah berkat jaga nenek yang sakit kanser serta doa ayah (Mohamad Shahir Alias, 43) dan ibu (Nooraini Mohd. Ramlan, 40) saya berjaya dapat 9A.” Demikian ujar pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Mohamad Shaqir Izani Mohamad Shahir, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, di sini. Dia yang turut mendapat 9A termasuk 6A+ tetap setia menjaga bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) serta neneknya yang menderita tiga penyakit kanser. “Tanggungjawab ini……














