SEJUJURNYA, minat saya terhadap dunia penyiaran dokumentari memancing sudah bermula lama. Dokumentari yang berkonsepkan pengembaraan memancing membawa penonton merentas sungai liar, tasik terpencil dan rimba yang jarang dijejaki manusia sentiasa menarik minat pemancing kerdil seperti saya. Antara dokumentari yang kerap saya tonton adalah River Monster, Monster Fish dan Chasing Monster yang bukan sahaja memaparkan tangkapan ikan semata-mata. Malah, ia memperlihatkan budaya, cabaran serta hubungan manusia dengan alam. Tanpa saya sedari, minat itu akhirnya membentuk perjalanan saya hari ini sebagai penulis……














