fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna berkenaan dengan seorang lelaki melakukan gangguan seksual ketika berada di sebuah lampu isyarat di Jalan Pudu pada isnin lepas.

Wanita trauma diraba seorang lelaki atas motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial @sleepyfvs, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga rakan baiknya menunggang motosikal seorang diri.

Suspek yang kelihatan tidak terurus secara tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memanjat motosikal tersebut dan meraba mangsa.

“Hati-hati terutama perempuan yang naik motor dan jalan kaki seorang diri. Kawan saya kena raba masa tunggu dekat lampu isyarat atas motor. Lelaki itu boleh naik atas motor dan raba dada kawan saya.

“Semalam sahaja bukan kawan saya seorang yang kena sebab masa tengah ronda untuk cari semula lelaki tersebut, dia pergi raba seorang kakak yang berjalan kaki dalam pukul 6 petang,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dan mendakwa mereka pernah melalui situasi sama.

Seorang pengguna, Putriiamer_, berkongsi pengalaman sama apabila suspek memeluknya dari belakang di Jalan Pudu.

“Dia tak gila ya sebab boleh tukar baju dan masa aku kena hari itu baju lain. Dia peluk dari belakang, sumpah takut gila,” dakwanya.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas mangsa dan rakannya nekad mengejar lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai turut dinasihati supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika bersendirian bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN