fbpx
LIVERPOOL berdepan isu prestasi dan keyakinan menjelang pertemuan menentang PSG selepas tersingkir pada aksi Piala FA. - AFP

UCL: Liverpool harus elak ‘bencana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengurus Liverpool, Arne Slot berdepan tugas paling getir sepanjang kariernya di Anfield menjelang aksi menentang Paris Saint-Germain pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Selain membawa harapan peminat untuk memburu kejuaraan tunggal yang masih ada, Slot bertanggungjawab untuk memastikan Liverpool mampu mengelak mengulangi rekod buruk pasukan itu pada musim 2004/05 dan 2009/10.

Pada dua musim berkenaan, Liverpool mencatat 19 kekalahan semusim dalam semua pertandingan dan kali ini Slot berdepan tugas sukar untuk memastikan mereka tidak menyamai rekod berkenaan apabila sudah mencatat 16 kekalahan setakat ini.

“Pastinya memburu kejuaraan adalah misi utama, tetapi ia juga penting untuk kami layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Untuk menentang pasukan seperti PSG dan Manchester City, kami perlu bertahan dengan baik.

“Bagi mendapatkan peluang menewaskan PSG, kami perlu beraksi baik dalam kedua-dua aspek, ketika bertahan dan juga memanfaatkan peluang. Jika kami mampu mencipta peluang, kami perlu menjaringkan gol,” katanya.

Pada musim 2004/05, Liverpool dikemudi oleh Rafa Benitez mencatat rekod buruk berkenaan, namun mereka berjaya melakar kejutan apabila mara ke pentas final UCL dan menewaskan AC Milan selepas melakar kebangkitan luar biasa untuk menjulang kejuaraan.

Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk juga mendedahkan semangat bersatu dalam pasukan bakal menjadi asas utama kepada pasukan untuk mengatasi kemerosotan prestasi ketika ii.

“Saya bertuah kerana dapat beraksi bersama Liverpool dalam tempoh yang panjang dan resipi kejayaan pasukan ini adalah semangat dan kesatuan seluruh pasukan.

“Ketika ini, apa yang pasti kami berada pada fasa transisi dan kami sedang mendapatkan semula prestasi. Sudah pasti sukar untuk beraksi dalam tempoh tiga hari, jadi kami perlu benar-benar bersatu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN