BENTONG – Baru masuk musim, musang king sudah dijual serendah RM15 sekilogram di sini. Sebelum ini jika musim baharu durian bermula, biasanya harga durian musang king akan dijual dengan harga terendah kira-kira RM28 sekilo sebelum menurun ketika puncak pengeluaran sehingga RM10 sekilogram. Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati musang king gred C dijual dengan harga RM15 sekilogram manakala bagi gred B dengan harga RM25 sekilogram manakala gred A dengan harga RM30 sekilogram. Penjual durian Mohammad Nafri Masrom,38, berkata, dia yang telah menjual…














