fbpx
Bahagian hadapan kereta api laju remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di wilayah Pas-de-Calais, utara Perancis semalam. - AFP

Kereta api rempuh treler tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Seorang pemandu kereta api berkelajuan tinggi maut, manakala 27 penumpang cedera selepas pengangkutan awam itu bertembung dengan sebuah treler yang membawa trak tentera di utara Perancis, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di lintasan rata di Noeux-les-Mines, wilayah Pas-de-Calais, pagi semalam. 

Kereta api TGV yang membawa 250 penumpang itu dalam perjalanan ke Paris dari Dunkirk sebelum melanggar sebuah lori semasa waktu puncak. 

Pelanggaran itu menyebabkan gerabak kereta api tergelincir dari landasan dan mengakibatkan gangguan di seluruh laluan berhampiran. 

Trafik rel di kedua-dua arah di laluan Bethune-Arras turut digantung, manakala pihak berkuasa mengerahkan beberapa bas untuk memindahkan penumpang yang terkandas. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan bahagian hadapan kereta api TGV itu remuk, dengan pasukan kecemasan berusaha menjalankan siasatan.

Pemandu kereta api yang berusia 56 tahun mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, manakala pemandu lori cedera parah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN