KUALA NERUS – Kawasan pesisir pantai di daerah ini dan Kuala Terengganu mula diserbu pemancing untuk memancing sotong sejak seminggu lalu. Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa pantai peranginan seperti Pantai Kubang Badak, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Seberang Takir menjadi tumpuan kaki pancing seawal pukul 6 petang hingga awal pagi. Seorang pemancing, Syed Hussain Al Idrus, 30, berkata, musim mencandat sotong biasanya bermula pada April, namun keadaan berbeza tahun ini apabila sotong mulai banyak kira-kira seminggu lalu. “Beberapa spesies sotong seperti……














