fbpx
HAALAND meledak hatrik ketika membantu City menyingkirkan Liverpool pada saingan suku akhir Piala FA kelmarin. - AFP

Piala FA: City bukti masih ‘dahaga’ kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Biarpun sebelum ini dipuja, Pep Lijnders kini menjadi individu paling dibenci oleh penyokong Liverpool selepas memimpin Manchester City menang 4-0 untuk menyingkirkan The Reds daripada pentas Piala FA musim ini.

Pada aksi suku akhir, kelmarin, Lijnders yang pernah memegang peranan penolong jurulatih ketika di bawah kendalian Jurgen Klopp dan memenangi pelbagai kejuaraan bersama The Reds mengetuai The Citizens ekoran penggantungan pengurus pasukan, Pep Guardiola.

Keputusan itu nyata sesuatu yang cukup perit untuk peminat Liverpool apabila menyaksikan satu lagi episod kekecewaan pasukan itu ketika mereka berharap Piala FA mampu menjadi pengubat untuk berdepan musim sukar kali ini.

Lijnders menjelaskan kemahuan Manchester City makin membara selepas kejayaan membenam Arsenal di perlawanan akhir Piala Liga Inggeris dan kini impian ke final Piala FA terus menjadi idaman.

“Saya sentiasa percaya Piala Liga Inggeris adalah pertandingan yang cukup penting bagi keseluruhan struktur kelab. Ramai pemain mendapat minit permainan dan melakukan debut.

“Menang ke atas Arsenal di final menjadikan kami terus dahagakan kejuaraan seterusnya kerana kami tahu yang kami boleh lakukan. Kredit perlu diberikan atas apa yang pemain lakukan untuk menghadirkan kemenangan.

“Perkara utama adalah pemain senior kami ada tanggungjawab. Selain itu, Bernardo Silva, Rúben Dias, Rodri dan Erling Haaland sentiasa melihat setiap perlawanan sebagai final,” katanya.

Pada perlawanan itu, Haaland mencipta hatrik diikuti satu lagi jaringan yang dihasilkan oleh Antoine Semenyo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN