fbpx
TIGA pendaki dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai pada Disember 2023. – Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Luahan Pembaca: Dapat permit hiking, jangan syok sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Kes menceroboh hutan simpan atau melakukan pendakian bukit atau hiking tanpa permit yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan negeri bukan perkara baharu dan terus berlaku seolah-olah mereka terlibat mengabaikan keselamatan diri.

Ia satu kesalahan serius di negara ini yang sering dikaitkan dengan risiko tersesat dan mengalami kecederaan.

Permit yang dikeluarkan disertakan dengan penggunaan malim gunung yang sah bertujuan menjamin keselamatan pendaki jika berlaku kecemasan.

Contoh untuk dijadikan iktibar ialah tiga pendaki yang menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai, Johor tersesat selama sembilan jam pada 19 Disember 2023 di hutan itu sebelum ditemukan selamat.

Pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau malim gunung.

Aduan diterima oleh Balai Polis Kangkar Pulai pada pukul 4 petang selepas mangsa membuat laporan menerusi panggilan telefon memaklumkan mereka sesat.

Difahamkan mangsa kali pertama memasuki kawasan itu dan mendapat maklumat daripada pendaki lain.

Jangan mengambil risiko dengan menggadai keselamatan diri kerana satu keputusan yang salah boleh mendatangkan kecederaan atau lebih teruk berakhir dengan kematian.

Selain khidmat malim gunung, persediaan lain termasuk tahap kecergasan terbaik sebelum keluar hiking penting untuk keselamatan.

Yang prihatin
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN