fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran rumah pusaka keluarga Shawal Anuar di Kampung Chabang Tiga, Kedai Buloh dekat Kota Bharu malam tadi. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Wang RM50,000 modal, hasil jual tong gas hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang peniaga hanya mampu berputih mata apabila wang tunai sebanyak RM50,000 yang merupakan modal dan hasil menjual tong gas petroleum cecair (LPG) hangus dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan buah rumah di Kampung Chabang Tiga, Kedai Buloh di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu menyebabkan 30 tong LPG yang disimpan di kawasan bawah rumah jiran kepada Syawal Anuar Ariffin, 40, meletup.

Syawal Anuar berkata, wang perniagaan berjumlah RM50,000 termasuk modal pusingan yang disimpan di dalam almari dan bawah tilam hangus terbakar.
Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anak-anak keluar bersiar-siar sebelum dihubungi oleh sepupunya yang memaklumkan kejadian itu.

“Apabila tiba di kawasan rumah, saya lemah dan tidak mampu berkata apa-apa selepas melihat api sedang marak membakar kediaman pusaka ibu bapa.

“Saya sudah 16 tahun berniaga LPG di sini dan kebakaran itu menyebabkan 30 tong gas yang disimpan di bahagian bawah rumah jiran meletup,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Sementara itu, jirannya kepada Syawal Anuar, Mohd. Faizul Mohd. Nor, 40, berkata, dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tidak jauh dari rumah bergegas pulang selepas mengetahui kejadian itu melalui kumpulan WhatApps.

“Letupan tong LPG berlaku sebanyak lebih lima kali. Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian sempat menyelamatkan rumah keluarga saya daripada hangus walaupun terletak bersebelahan dengan salah sebuah rumah yang terbakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN