KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan sesak sepanjang tiga kilometer susulan kemalangan maut membabitkan beberapa buah kenderaan di KM10.1 Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), hari ini.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kejadian sekitar pukul 5.55 petang itu berlaku arah timur dari Ayer Panas ke Setiawangsa.
Bagaimanapun, lorong kanan telah dibuka kepada kenderaan, namun trafik dilaporkan bergerak perlahan.
Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden terbabit ketikda dihubungi sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE














