fbpx
ITALI gagal akhiri badi apabila gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut. - AFP

Piala Dunia: Itali terkandas kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZENECA – Skuad Itali sekali lagi berdepan ‘deja vu’ apabila gagal layak ke Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-4 menerusi penentuan penalti kepada Bosnia dan Herzegovina pada aksi final play-off, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, barisan pemain Bosnia lebih tenang menyempurnakan semua empat penalti, manakala dua tonggak Itali, Pio Esposito dan Bryan Cristante gagal menyudahkan amanah yang diberi.

Ketua jurulatih Azzurri, Gennaro Gattuso mengakui hanya mampu memohon maaf disebabkan kegagalan pasukan beraksi di Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Kata Gattuso, bukan mudah untuk beraksi dengan 10 pemain selepas Alessandro Bastoni dilayangkan kad merah tetapi anak-anak buahnya sudah berikan yang terbaik.

“Saya anggap pemain tidak layak menerima nasib malang ini. Mereka menunjukkan usaha, semangat dan keazaman luar biasa.

“Saya bangga dengan mereka, walaupun keputusan amat perit untuk ditelan. Kami cuba untuk bertahan, tetapi bukan mudah dengan kekurangan seorang pemain dan saya juga tidak mahu mengulas mengenai prestasi pengadil,” katanya.

Sementara itu, Gattuso memberi bayangan mungkin akan melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan dalam masa terdekat.

“Sekarang bukan masa untuk bercakap tentang masa depan saya. Apa yang penting adalah untuk layak ke Piala Dunia, dan kami gagal sekali lagi,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN