Dalam berdepan isu tekanan kos sara hidup akibat konflik global, kerajaan wajar melakukan analisis paling rasional dan jujur terhadap situasi semasa. Kegagalan memahami realiti sebenar rakyat bukan sahaja akan menjejaskan dasar, malah berisiko mencetuskan rasa meluat dan menyampah. Jika tidak ditangani dengan bijak, ia boleh menjadi analisis terakhir apabila ada yang mula muak terhadap apa yang ditafsirkan sebagai ‘poyo’ dan angkuh. Semua memahami konflik berpanjangan di Timur Tengah bukan sekadar tajuk berita antarabangsa, tetapi tempiasnya boleh tiba di Malaysia. Kenaikan…













