fbpx
Gambar hiasan.

Isyarat jelas jimatkan penggunaan bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjelasan Petronas semalam bahawa hampir 40 peratus daripada keperluan minyak mentah negara melalui Selat Hormuz boleh dilihat sebagai isyarat yang jelas supaya mula menjimatkan penggunaan bahan api.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, penjelasan itu menunjukkan terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia berjimat cermat dalam penggunaan bahan api memandangkan permintaan terhadap produk tersebut melebihi penawaran.

“Kebimbangan kita adalah stok petroleum boleh berkurangan dalam kadar yang segera, justeru terdapat kewajaran untuk melaksanakan langkah penjimatan penggunaan petroleum.

“Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat terutamanya majikan swasta berkenaan kepentingan dasar bekerja dari rumah dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan tempoh ketersediaan bekalan bahan api.

Mohd Afzanizam

“Risiko ketidakcukupan bekalan adalah risiko yang bersifat sistematik, maksudnya ia boleh memberi kesan kepada semua sekiranya berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Petronas semalam mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, ia tidak terlindung sepenuhnya daripada krisis tersebut.

“Sejak bermulanya krisis, harga minyak mentah telah meningkat hampir 40 peratus. Akibatnya, kos penghantaran global, premium insurans dan logistik berkaitan penghantaran juga telah meningkat dengan ketara. Semua perkembangan ini telah memberi kesan kepada keselamatan bekalan bahan api Malaysia.

“Dari segi produk, permintaan negara terus melebihi bekalan domestik. Bagi menangani kekurangan ini, Petronas memanfaatkan rantaian nilai bersepadunya, melalui anak syarikatnya untuk mendapatkan bekalan petrol dan diesel yang mencukupi bagi menyokong bahagian pasarannya hampir 50 peratus, sehingga Mei 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN