fbpx
Mohd. Zamri (dua dari kiri) meninjau sebahagian motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan pada Operasi HRA JPJ di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu semalam.

Penunggang motosikal ramai maut terbabas sendiri musim raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Meskipun kadar kemalangan jalan raya menurun, kadar kematian di Terengganu pada musim perayaan Aidilfitri ini didapati meningkat 42.9 peratus.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, sebanyak 10 kes kematian telah direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 16 Mac lalu.

“Ia peningkatan berbanding cuma tujuh kematian yang telah direkodkan sewaktu pelaksanaan Operasi HRA pada tahun lalu.

“Kadar kemalangan pula menurun 15.1 peratus iaitu 713 kes berbanding 840 kes dalam tempoh sama,” katanya selepas mengetuai penutup Operasi HRA di sini semalam.

Mohd. Zamri berkata, penunggang motosikal kekal penyumbang tertinggi iaitu 70 peratus daripada kesemua kematian yang direkodkan.

Beliau berkata, kebanyakan kes kematian melibatkan penunggang motosikal tersebut berpunca daripada terbabas sendiri.

“Kebanyakan kemalangan maut berlaku dalam keadaan jalan baik, cuaca cerah dan trafik lancar. Sebaliknya ia disebabkan kurang tumpuan dalam pemanduan dan tidak menjaga jarak (antara kenderaan).

“Ini menunjukkan faktor utama (kemalangan maut) bukanlah keadaan jalan tetapi tingkah laku pengguna jalan raya itu sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN