Saudara Pengarang, Sebagai pengguna lebuh raya yang kerap berulang-alik antara Seremban dengan Kuala Lumpur, saya sering kali menyaksikan aksi menunggang motosikal secara berbahaya melibatkan anak-anak muda terutama pada malam minggu. Di sebalik kesesakan jalan, motosikal meluncur laju di celah kenderaan seperti tiada undang-undang. Detik itu bukan sahaja mencemaskan, malah cukup menakutkan kerana sebarang kesilapan kecil boleh mengundang tragedi besar. Apa yang menyedihkan, budaya ini seolah-olah dianggap ‘hebat’ oleh sesetengah golongan muda. Mungkin demi tontonan di media sosial atau sekadar mencari……














