CUACA panas yang melanda negara ketika ini semakin dirasai dalam kehidupan harian rakyat apabila suhu tinggi berpanjangan menjejaskan keselesaan serta rutin harian. Keadaan ini menunjukkan perubahan pola cuaca yang semakin ketara, dengan tempoh panas yang lebih lama dan kering berbanding kebiasaan. Situasi ini juga memberi cabaran besar terutama kepada golongan seperti pelajar sekolah dan pekerja luar yang terdedah secara langsung kepada haba. Jika tidak ditangani dengan baik, fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah boleh memberi kesan kepada produktiviti dan…














