USIA muda menjadi waktu terpenting untuk menimba ilmu, pengalaman dan menyertai pelbagai aktiviti yang diminati bagi mempersiapkan diri bergelar insan berkebolehan tinggi pada masa hadapan. Itu yang menjadi pegangan Muhammad Irshad Azian, 23 tahun. Pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu aktif dalam pelbagai bidang termasuk seni persembahan, kepimpinan, sukan, badan beruniform dan juga aktiviti luar seperti mendaki bukit. Bagi Muhammad Irshad atau lebih mesra disapa Irshad, amat rugi mensia-siakan peluang ketika bergelar pelajar……














