fbpx
Fenomena langit merah berlaku di Shark Bay dan Denham. - X

Penduduk ketakutan lihat langit bertukar merah darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTH – Langit di beberapa bahagian Australia Barat, terutamanya Shark Bay dan Denham bertukar menjadi merah darah akibat ribut debu besar yang dicetuskan oleh Siklon Tropika Narelle, lapor laman berita NDTV.

Visual apokaliptik itu berpunca daripada angin kencang siklon yang membawa tanah merah dan debu yang kaya dengan besi ke atmosfera. 

Kepekatan zarah debu halus yang padat membuatkan gelombang cahaya biru yang lebih pendek berselerak.

Ia menyebabkan cuma gelombang merah yang lebih panjang melaluinya, sekali gus menghasilkan cahaya merah tua yang menutupi matahari.

Penduduk melaporkan cahaya siang terpadam dalam beberapa minit, penglihatan menurun hampir sifar dan udara menjadi tebal dengan debu. 

Walaupun langit merah paling ketara di rantau Gascoyne (Shark Bay), sistem ribut yang lebih luas memberi kesan kepada pantai Pilbara, termasuk bandar-bandar seperti Exmouth dan Karratha.

Video-video yang dimuat naik di media sosial mencetuskan spekulasi bahawa ia telah disunting.

Sebilangan pengguna media sosial mendakwa bahawa pemandangan itu kelihatan terlalu dramatik untuk menjadi nyata, mendorong orang lain untuk menjelaskan bahawa ia tidak disunting. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN