“KUIH dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang.” Potongan bait lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina menggambarkan bahawa amalan menyediakan kuih raya telah menjadi sebahagian daripada tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Barisan kuih raya klasik seperti kuih bangkit, semperit, mazola, baulu, tart nanas dan batang buruk menjadi antara hidangan wajib untuk dijamu tetamu. Namun, seiring peredaran waktu, kuih raya juga dilihat melalui proses evolusi dari segi rasa, pembuatan dan rupa. Dari segi perisa, kuih raya dahulu……














