MELANGKAH masuk ke IOI City Mall di Putrajaya, pengunjung seolah-olah dibawa menelusuri dunia batik yang penuh warna dan cerita. Sebuah replika ala-ala rumah kampung Melayu di aras LG East Wing pusat beli-belah tersebut dihiasi dengan batik hasil tangan artis batik kontemporari dan pengasas Novak Batik, Farah Mohan. Bertema ‘Meriah Aidilfitri’, dekorasi yang diinspirasikan daripada motif tradisional tetapi ditafsir secara moden itu mencipta pengalaman visual yang bukan sahaja memukau, malah sarat dengan nilai budaya dan makna. Menurut Farah, karya terbesar yang……














