fbpx
DUA pikap dan sebuah sedan yang digunakan tiga lelaki Thailand untuk menyeludup petrol dan diesel ke negara jiran itu.

Tiga lelaki Thailand tidak sempat seludup petrol, diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Tiga lelaki Thailand yang disyaki aktif melakukan kegiatan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran susulan permintaan tinggi terhadap bahan api itu gagal apabila mereka dicekup pihak berkuasa di sini kelmarin.

Ketiga-tiga mereka berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan dalam Op Taring Bravo 1 oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, dalam operasi tersebut, polis menahan dan membuat pemeriksaan terhadap tiga kenderaan Thailand yang mencurigakan di Jalan Kangar-Padang Besar, di sini.

Katanya, lokasi itu berhampiran jalan masuk ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

“Hasil pemeriksaan menjumpai petrol dan diesel di dalam tangki yang telah diubah suai pada setiap kenderaan dipercayai bagi aktiviti penyeludupan ke negara Thailand.

“Modus operandi yang digunakan ialah kesemua pemandu warga asing ini memasuki Malaysia dan mengisi bahan api ke dalam tangki simpanan kenderaan masing-masing yang telah diubah suai bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dua kenderaan jenis pikap dan sebuah sedan masing-masing membawa 140 liter diesel, 120 liter diesel dan 150 liter petrol telah dirampas.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 8(4)(a) (Akta 122).

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis turut mengeluarkan saman terhadap setiap pemandu warga asing tersebut atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN