WASHINGTON – Naib Presiden JD Vance semalam berjanji untuk menyiasat maklumat kerajaan Amerika Syarikat(AS) mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO), sambil berkata, beliau percaya makhluk asing sebenarnya adalah syaitan.
“Saya belum sempat meluangkan masa yang cukup untuk benar-benar memahaminya, tetapi saya akan melakukannya, percayalah. Saya taksub akan perkara ini.
“Saya masih ada tiga tahun lagi sebagai naib presiden. Saya akan membongkar fail-fail UFO,” kata Vance kepada pengacara podcast, Benny Johnson.
Johnson bertanya tentang arahan Presiden Donald Trump kepada agensi persekutuan AS Februari lalu untuk mula ‘mengenal pasti dan mendedahkan fail-fail kerajaan’ berkaitan UFO dan makhluk asing.
Trump berkata, beliau mengambil langkah itu ‘berdasarkan minat yang ditunjukkan’ pada bulan sama bekas presiden Barack Obama secara terbuka berkata, makhluk asing adalah ‘benar’ walaupun beliau tidak pernah melihatnya.
Tiada bukti yang diperoleh mengenai kehidupan bijak di luar planet Bumi setakat ini. – AFP














